Saturday, July 31, 2010

Penguasaan Teknik Tumpuan Mata

Rakan seperjuangan,

Mata memainkan peranan dalam apa jua yang kita buat, betul tak? … memang betul tapi kearah manakah mata kita dan sejauh mana mata kita memberi tumpuan.

Ok, apa yang perlu kita perhatikan bila berdepan dengan lawan kita, tak kira dalam apa jua perlawanan.

Katakan lah anda berdepan dengan orang yang nak pukul kita, adakah kita akan pejam mata kerana takut kena belasah… memang kena belasah lah kita. Tapi kalau kita tak pejam (celik lah tu!) nak perhati kat mana, nak tengok je ke…. kena belasah juga.

Jadi apa yang perlu kita buat? Kita kena perhati pergerakan lawan kita samada di anak tampar kita ke, nak tumbuk ke atau nak terajang kita. Kalau dia nak terajang kita apa yang perlu kita buat. Samada kita nak tangkis, mengelak atau tangkis dan terajang balik atau pun mengelak dan terajang balik.

Sempat ke?… kalu tak sempat kena belasah lagi… Jadi perhati dan bertindak dengan cepat.

Ok, gitu lah juga bila kita berdepan dengan lawan kita di gelanggang badminton (jauh korner tu, tadi macam nak gaduh je tiba-tiba lawan badminton pulak).

Perhatikan pergerakan lawan kita, hantaran macamana yang dia nak buat. Kebelakang ke, kedepan atau ke arah sisi kita. Bila kita dah tahu ke arah mana jadi pergerakan kita akan bersedia ke arah itu.

Macamana nak tahu pergerakan lawan kita. (nanti kalu dia acah je macamana).

Semuanya terjawab dengan kemunculan TEKNIK yang amat berkesan untuk sesiapa saja.

Sumber Dari
http://teknikbadminton.wordpress.com/2007/09/25/mata/

Teknik Kuasai Gelanggang Badminton

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana sudi datang. Mesti anda yang datang ni gemar main badminton atau pun penggemar badminton yang selalu ikut perkembangan sukan yang bertaraf antarabangsa ini.

Ok, kita selalu tonton perlawanan badminton di tv atau pun kat stadium. Perlawanan amatur dan profesional. Banyak perbezaan gaya permainan antara amatur dan pro.

Tapi sesiapa main pun saiz gelanggang sama je, tinggi jaring (net) pun sama jugak. Yang bezanya reket apa yang kita guna, bulutangkis dan pakaian.

Pakai baju yang kita selesa pakai, kasut yang yang tak membantutkan pergerakan kita. Raket yang selesa digunakan mengikut genggaman tangan kita.

Sekarang kita berada di tengah gelanggang, bukan tengah kat net tu tapi tengah sebelah kita lah, sebelah lagi lawan kita.

Pegang reket dan hulurkan ke depan sejauh mana reket boleh sampai. Ok sekarang langkah setapak seluas yang boleh sambil hulur reket ke depan sejauh mana pulak yag dapat di capai. Ha.. mesti sentuh net pun dapat kan, sekarang kita balik ke posisi asal (kat tengah gelanggang belah kita) , undur setapak ke belakang dan angkat reket setinggi yang boleh. Ok, kalu bulutangkis yang datang tu atas lagi dan laju … out la tu!

Walau dari arah mana bulutangkis datang hanya setapak yang di perlukan…. anda pasti dapat kuasai gelanggang.

Macam mudah je kan. Ya! tiada sesuatu yang mudah tapi tidak mustahil untuk jadi mudah.

Dengan teknik yang berkesan dan sedikit latihan tubi akan membiasakan anda untuk menjadi jaguh …. kawasan anda hehe.. kalau nak jadi jaguh luar pun boleh, hanya dengan teknik yang sama tapi latih tubi yang berbeza dan tidak sedikit.. kena banyak kali.

Teknik ini untuk siapa saja yang ingin menjadi jaguh badminton …. peringkat mana anda yang tentukan.

Tapi mungkin juga untuk sekadar keluar peluh.. beriadah lah tu! tapi dengan sedikit teknik mungkin akan mengejutkan kawan-kawan anda.. fulamak tere.. lah kau.

Ok, nanti kan kemunculan TEKNIK yang memang hebat.


Sumber dari

http://teknikbadminton.wordpress.com/2007/09/25/kuasai-gelanggang/

Kejohanan Badminton Untuk Sekitar bulan Julai dan Ogos 2010

GRAND PRIX EMAS TERBUKA MACAU KUMPOO 2010
Tarikh: 27 Julai - 1 Ogos 2010
Venue: Cotai Area, Taipa, Macao
Website rasmi: Kejohanan Terbuka Macau

GRAND PRIX EMAS TERBUKA CHINESE TAIPEI YONEX 2010
Tarikh: 3 - 8 Ogos 2010
Venue: Stadium Taipei County, Shinjuang, Taiwan
Website: Kejohanan Terbuka Chinese Taipei

KEJOHANAN BADMINTON DUNIA YONEX-BWF 2010
Tarikh: 23 -29 Ogos 2010
Venue: Stade Peirre De Coubertin, Paris, Perancis
Website rasmi: Kejohanan Dunia

Terangkan bagaimana memegang raket dengan kaedah yang betul?

Terangkan bagaimana memegang raket dengan kaedah yang betul?

MEMEGANG raket mengikut cara yang betul akan membolehkan anda membuat pukulan dengan mudah dan berkesan. Jika tidak, setiap pukulan yang dilakukan anda akan tersasar dari sasaran atau mungkin tidak mengenai bulu tangkis.

Cara memegang raket juga menentukan anda bermain mengikut corak bertahan atau menyerang. Apa yang lebih penting, apabila memegang raket anda harus merasai keberatan dan tahap ringannya. Jika terlalu ringan, anda akan dapat menghayun dengan daya yang sedikit manakala jika berat, anda mungkin terpaksa mengerah tenaga.

Cara memegang raket terbahagi kepada dua kaedah iaitu cengkaman biasa dan cengkaman kilas.

Cengkaman biasa
Cara ini agak mudah. Ibaratkan anda hendak bersalaman dengan seseorang. Ibu jari anda harus menekan pemegang raket dan jari-jari anda mencengkam pemegang raket.

Cengkaman kilas
Tidak mempunyai banyak perbezaan seperti cengkaman biasa. Pada cengkaman ini, lazimnya kedudukan ibu jari anda harus diluruskan untuk memberi tekanan kepada raket ketika anda hendak membuat pukulan.

Terdapat beberapa perkara penting harus diberi perhatian oleh anda ketika mempelajari kaedah betul memegang raket:-
i)membalut pemegang raket dengan pembalut yang bersesuaian dengan citarasa anda bagi mengelakkan kesukaran untuk mencengkam atau membuat pukulan.
ii)bentuk cengkaman amat penting, sama ada kuat ataupun longgar bergantung kepada tahap pukulan anda. Jika tidak berhati-hati, adakalanya raket boleh terlucut dari cengkaman jari anda.
iii)cara memegang raket dengan menggunakan keseluruhan pemegang raket dari pangkal hingga hujung pemegang juga penting untuk menentukan bentuk pukulan yang hendak dibuat.
iv)keberatan raket yang sesuai membolehkan anda menggunakan pergelangan tangan anda untuk mempelbagaikan jenis pukulan. Ia dapat dilakukan jika anda menggerakkan cengkaman anda keseluruhan pemegang raket dengan mudah.

Bagaimana caranya untuk membuat pukulan backhand yang kuat?

Bagaimana caranya untuk membuat pukulan backhand yang kuat?

UNTUK membuat pukulan backhand yang kuat, anda boleh menggunakan kayu skuasy atau tenis yang dihayun ke depan dan ke belakang mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing.

Disamping itu, anda juga disaran mengamalkan penggunaan dum bell sebagai alat sokongan untuk menguatkan pergelangan tangan jari. Dengan kekuatan ini, ia akan memudahkan latihan pukulan menggunakan raket skuasy atau tenis.

Latihan hayunan ini hendaklah diamalkan sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Ia tidak semestinya dilakukan di gelanggang badminton sahaja tetapi boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuk di bilik anda.