1. Gaya menyerang cepat (Penyerang)
Gaya ini banyak melancarkan smes, drop shot dan net yang dikembalikan dengan cepat, lob yang menyerang. Servis pendek lebih sering digunakan dengan dorongan tiba-tiba dari atas net ke arah belakang lawan.
Pergerakan badan cepat.
2. Gaya gerak tipu (Pengecoh)
Servis tinggi lebih sering digunakan dan diarahkan ke batas garis belakang lawan. Lob juga lebih dalam dan terarah, sedangkan drop shot dilakukan dengan gerak tipu dan jatuh tipis di dekat net. Pukulan net cenderung tajam dan menipu walaupun tidak dimainkan secepat gaya si Penyerang.
Pertahanan si Pengecoh tergolong lebih baik. Pukulan dorongannya ke belakang lawan terarah dan cenderung mengecoh. Smes tidak banyak dikeluarkan, dan pergerakan pemain dengan gaya ini lebih stabil dan
''santai'', dengan penguasaan lapangan yang lebih baik.
3. Gaya sederhana dan bertahan (Penjaga Gawang).
Kebanyakan pukulannya sederhana dan jelas terbaca dibandingkan dengan si Pengecoh. Servisnya kebanyakan servis tinggi dan mengarah ke batas lapangan di belakang. Pukulan netnya sederhana saja walaupun terkadang sering menyeberangkan bola ke sisi lain lapangan. Drop shot-nya tajam tapi tidak secepat si Penyerang.
Gaya bermain ini dimaksudkan untuk membuat lawan letih dengan bermain sederhana tapi jarang membuat kesalahan sendiri.
Hampir semua pemain profesional menggunakan kombinasi dua gaya dengan salah satunya lebih dominan. Contohnya, Zhao Jianhua secara apik menggabungkan gaya menyerang dengan gaya tipu, sedangkan Foo Kok Keong dan Ardy Wiranata adalah tipe Penjaga Gawang.
Ada kalanya mereka berlabuh pada gaya menyerang, contohnya Rudy Hartono. P. Gopichand juga terkadang menjadi seorang penyerang walaupun sering pula mengecoh. Susi Susanti adalah seorang Penjaga
Gawang yang sangat mengagumkan.
Pemain muda biasanya akan mengikuti gaya bermain atlit pujaannya. Saat ini, gaya yang sedang 'ngetren' adalah gaya menyerang yang diwarnai dengan banyak smes lompat dan serangan-serangan lob. Sangat lumrah bagi pemain muda mengikuti gaya pemain favoritnya atau mengikuti tren yang ada. Tetapi perlu diingat bahwa para juara pun adalah individu yang berbeda-beda, karenanya untuk menjadi seorang juara tetap perlu yakin terhadap keunikan gaya bermain sendiri.
Tanyalah pada diri anda:
Pertanyaan pertama:
• Apakah karakter saya cocok dengan gaya bermain yang saya ikuti ini?
• Apakah karakter saya agresif dan tidak sabaran dan suka mengambil resiko? [Karakter ini cocok dengan gaya menyerang]
• Apakah saya tipe orang sabar dan ulet yang menikmati reli panjang untuk menyingkirkan lawan? [Karakter ini cocok dengan gaya bertahan]
• Apakah saya tipe orang sabar yang senang perminan yang berkualitas dan sangat menikmati dapat mengontrol lawan? [Karakter ini cocok
dengan gaya tipu]
Pertanyaan kedua:
• Apakah kondisi fisik saya mumpuni untuk bermain gaya tersebut?
• Apakah stamina saya mencukupi untuk terus-terusan melancarkan smes tajam dan keras?
• Apakah saya terlalu pendek untuk bermain menyerang? Apakah saya butuh waktu untuk menjangkau seluruh bagian lapangan saya dibandingkan dengan para pemain yang walaupun tingkat refleksnya sama dengan saya tetapi berpostur lebih tinggi?
• Bagaimana saya bisa menggunakan stamina fisik dan mental saya yang memadai secara efektif?
Pertanyaan ketiga:
• Apakah saya mampu mengontrol pukulan yang sesuai dengan gaya bermain ini?
• Apakah pukulan saya sederhana, konsisten dan tajam, ataukah mengecoh?
• Manakah pukulan saya yang paling dikuasai? Smes, bertahan, lob, dsb?
Jangan hanya mengikuti tren, tapi temukanlah gaya bermain sendiri sehingga ketika anda mengikuti pemain favorit anda, anda tidak mengikuti secara buta tetapi dapat mempelajari kelebihan gaya bermainnya. Dengan cara demikian, anda dapat meningkatkan kemampuan anda untuk bertarung melawan berbagai macam gaya lawan.
Ditulis oleh: Tan Aik Huang (Malaysia)
Terjemahan oleh: Dania Ciptadi
Laman Blog ini membincangkan tentang perkembangan dan cerita-cerita serta teknik-teknik bermain badminton.
Tuesday, June 22, 2010
Sunday, June 13, 2010
Bagaimana China Dapat Pemain Pelapis Badminton Yang Banyak
Adakah Malaysia tidak setanding dengan China dalam permainan Badminton?Saya rasa pemain badminton malaysia bukan tidak setanding...tetapi belum cukup berupaya menandingi pemain China.Untuk Pengetahuan semua Pemain China berada dalam top ten Ranking Dunia.Tak Kira perseorangan atau bergu.Kebanyakan dalam Rankin Terbaik dunia.Untuk Menjadi pemain badminton yang hebat anda perlu ada semangat juang yang tinggi...bukan sahaja mengejar wang....wang....wang ? Tak salah kejar wang tetapi pastikan anda mempunyai semangat juang yang tinggi...Disini saya rasakan pemain badminton china begitu banyak sekali....mereka banyak mempertaruhkan orang muda...kenapa BAM tidak dapat untuk mempetaruhkan orang muda malaysia....bagi mereka peluang dan ruang....untuk maju dalam pertandingan dunia...biarkan mereka kalah dahulu tetapi mereka akan belajar dari kekalahan itu......Datok Lee Chong Wee...dahulunya pun sama .....jangan takut.....Cungkilah permain badminton macam dicungkil bakat hiburan seperti AF8...cari orang yang berada di kampung....berikan mereka peluang jangan hanya pada orang-orang di bandar...?sekian
Sunday, May 16, 2010
Ketandusan Pemain Muda Malaysia akan menyebabkan Malaysia Tidak Dapat meraih kemenanagan Piala Thomas
PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohd Nadzmi Salleh mengakui ada yang tidak kena dan agak memalukan apabila skuad negara masih bergantung kepada pemain tua untuk beraksi dalam acara berpasukan.
Malaysia terpaksa memanggil Wong Choong Hann, 33, untuk menganggotai skuad Piala Thomas apabila mendapati tidak mempunyai pemain muda berbakat menggalas peranan pemain perseorangan. Pasukan kebangsaan juga pada asalnya memanggil gandingan veteran Choong Tan Fook-Lee Wan Wah tetapi menolaknya kerana mempunyai komitmen ini. Apabila Nadzmi diajukan pertanyaan sama ada skuad negara harus berasa malu kerana terpaksa bergantung kepada kudrat tua, Nadzmi berkata, “Ya.”
“Ada sesuatu yang tidak kena dengan program kita kerana terpaksa bergantung pemain veteran,” kata Nadzmi. “Kita lihat ada jurang besar antara perseorangan pertama dengan pemain lain.
“Justeru, kita harus mencari sebabnya mengapa keadaan sedemikian dan sehingga kini kita masih tidak dapat melahirkan pemain berbakat sebagai pengganti,” katanya.
Mungkin ada pihak yang akan mempertikaikan kenyataan Nadzmi itu dengan merujuk kepada skuad Denmark, yang masih dianggotai Peter Gade, 34, dan Lars Paaske-Jonas Rasmussen yang sudah mencecah usia 36.
Tetapi berbanding dengan Malaysia, pemain tua Denmark sentiasa berada pada tahap fizikal dan permainan yang tinggi masih dapat bersaing dalam kelompok lima terbaik dunia sedangkan pemain veteran Malaysia begitu banyak kekurangan.

Kekalahan Indonesia Bermaruah
Kekalahan Indonesia Dalam pelawanan akhir piala Thomas amat bemaruah.Ini Kerana barisan pemain yang di tonjolkan oleh pasukan China benar-benar kuat dan mantap.Pasukan Indonesia memberi tentangan yang hebat.Tetap nasib tidak menyebelahi pasukan indonesia.Tahniah...
2 Jaguh Terbaik Asia Berentap Lin Dan dan Taufik Hidayat
Pertembungan klasik kali ke-10 antara dua jaguh dunia itu
TIADA istilah paling tepat kecuali 'buku bertemu ruas' untuk menggambarkan pertembungan di antara Lin Dan dan Taufik Hidayat pada pentas final Piala Thomas di Stadium Putra, hari ini. Kedua-duanya diakui menjadi ‘kunci’ yang akan membuka laluan kemenangan pasukan masing-masing dengan China mengintai kejuaraan kelapan mereka, manakala Indonesia berhasrat menjulang piala keagungan itu buat kali ke-14. Berdasarkan rekod, pertembungan hari ini adalah yang ke-10 di antara kedua-dua pemain itu sejak 2001 dengan Lin Dan, juara dunia tiga kali dan pemenang emas Olimpik Beijing 2008 muncul pemenang enam daripada sembilan pertemuan lalu.
Kali terakhir mereka bertemu di Terbuka Perancis, Januari lalu, yang menyaksikan Lin Dan mudah mengatasi Taufik, pemenang emas Olimpik 2004 dan juara dunia 2005, 21-6, 21-15 dalam tempoh 38 minit.
Tetapi kedua-duanya mengakui rekod bukan ukuran dalam menentukan pemenang perlawanan, hari ini ketika masing-masing bertekad menjulang piala itu dengan Lin Dan berharap memenanginya buat kali keempat, sementara Taufik kali ketiga.
“Daripada rekod, Lin Dan mengatasi saya tetapi saya percaya pertembungan esok (hari ini) pasti berbeza. Jika dia mempunyai alasan memenangi perlawanan itu, saya juga mempunyai sebab untuk menang,” kata Taufik.
“Antara sebab saya mahu menang kerana saya amat merindui piala ini selepas kali terakhir memenanginya pada 2002. Lagi pun, di sini (Stadium Putra) adalah istimewa kerana buat pertama kali saya memenangi piala berprestij itu di sini (2000),” katanya.
Lin Dan pula berkata, walaupun media sering melaga-lagakannya dengan Taufik tetapi dia sebenarnya ingin menjadi kawan baik kepada pemain Indonesia yang satu tahun lebih tua daripadanya.
“Siapa menang dan bagaimana permainan esok (hari ini) bukan isu. Sebenarnya, saya harap dapat menjadi kawan baik kepada Taufik. Kami ingin menceriakan dan mewarnai dunia badminton dengan kehebatan serta kemahiran permainan masing-masing,” katanya
Harapan Yang Tinggi Terlerai Ditangan Korea
KOREA Selatan mematahkan ego China selepas membuat kejutan besar menewaskan juara bertahan itu 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Uber yang penuh dramatik di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. Pengurus pasukan, Kim Jong-soo dan anak anak didiknya berjaya melesetkan ramalan awal betapa China terlalu unggul untuk dijinakkan apabila menukar tempelak itu menjadi satu semangat menumbangkan keangkuhan lawan untuk membawa pulang Piala Uber buat kali pertama selepas lima percubaan serta memastikan mereka menyertai kelab elit empat negara trofi keagungan berpasukan wanita itu. Kejayaan itu sekali gus memaksa Li Yongbo menelan kata-katanya sendiri selepas ketua jurulatih China itu sebelum ini dengan angkuhnya bernada yakin bahawa Korea Selatan akan tetap berputih mata pada pertemuan final keenam kedua-dua pasukan berkenaan.
Keputusan
Bae Seung Hee mn Wang Yihan 23-21, 21-11
Lee Hyo Jung-Kim Min Jung mn Ma Jin-Wang Xiaoli 18-21, 21-12, 21-15
Sung Ji Hyun kk Wang Xin 14-21, 21-16, 7-21
Lee Kyung Won Won-Ha Jung Eun mn Du Jing-Yu Yang 19-21, 21-14, 21-19
Kemarau Kemenangan Untuk Pasukan Malaysia
Malaysia 'tepati' ramalan
Oleh Lukman Salleh, Hussain Said dan Hasnira Hassan
bhsukan@bharian.com.my
2010/05/16
Kalah dari segi komitmen, tekad dan semangat juang
SKUAD Piala Thomas negara hanyalah sekadar barisan kelas ketiga. Daripada awal lagi sejak Malaysia menawarkan diri selaku hos Piala Thomas, sudah dinyatakan bahawa tuan rumah tidak akan menjulang trofi keagungan kerana tidak mempunyai pemain yang berkaliber dan mampu untuk menggalas cabaran diletakkan. Tetapi kemenangan jaguh perseorangan negara Lee Chong Wei di Seluruh England awal tahun ini, menyebabkan semua pihak termasuk peminat bersemangat bahawa skuad negara mampu meraih Piala Thomas, sedangkan fakta sebenar mengenai pasukan kebangsaan diketepikan.
Cara China beraksi di hadapan ribuan penonton Malaysia dan gaya mereka memperlekehkan dan memperkotak-katikkan anak buah Rashid Sidek dan Rexy Mainaiky, dan membuatkan Lee Chong Wei, beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong seperti baru semalam bermain badminton.
Apa yang menyedihkan, skuad Malaysia bukan hanya kalah dari segi skil kepada pemain China, tetapi juga komitmen, tekad dan semangat.
Malah keseluruhan aksi skuad Malaysia dalam Piala Thomas cukup mengecewakan. Daripada tiga perlawanan, Malaysia hanya menang sekali menentang Denmark di suku akhir, tetapi dikejutkan Jepun 2-3 dalam saingan kumpulan sebelum tersungkur di kaki China.
Dengan Malaysia mengharapkan sepenuhnya kepada Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong, kedua-dua tidak dapat menampilkan aksi bertenaga menentang China sekali pun di peringkat kumpulan tampak begitu ampuh.
Masalah dengan beregu kedua Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari merumitkan lagi pilihan Malaysia ditambah dengan perseorangan kedua Wong Choong Hann yang begitu lemah dan prestasi Hafiz Hashim, yang tidak boleh diramalkan, membuatkan Malaysia begitu goyah.
Dan kepincangan itu dapat dirasai selepas kekalahan Malaysia kepada Jepun, sebelum mereka bangkit seketika menentang Denmark sebelum dihumban ke lembah keaiban dengan oleh China.

Subscribe to:
Posts (Atom)