Saya lihat belum liat nih ada thread bagaimana memperkuat pergelangan tangan yg nanti nya bisa menghasilkan pukulan2 yg lebih bertenaga.
Mari kita sharing di thread ini yg berhubungan dgn memperkuat pergelangan tangan.
Mau sharing sedikit cara2 dibawah ini baik cara lama maupun cara baru untuk memperkuat pergelangan tangan.
Saya bagi menjadi 2 bagian, satu latihan tanpa menggunakan kok, ke dua latihan menggunakan kok
Tanpa menggunakan kok
1. Botol Minuman
Cara ini mungkin sudah sangat kuno tp msh banyak dilakukan, yaitu dengan mengisi botol dgn air atau pasir, yg perlu di perhatikan adalah, cari botol dgn genggaman sebesar raket badminton. Cara nya sangat mudah perlahan2 memutar membentuk angka 8.
2. Power ball
alat ini berbentuk seperti bola kasti, dgn pemberat di dalamnya, keuntungan alat ini, beban terasa meningkat dr waktu ke waktu seiring dgn kecepatan alat itu sendiri. Lebih cepat kita memutar maka akan terasa lebih berat. Putar powerball seiring dan sesudah itu berlawanan dgn arah jarum jam.
Dengan menggunakan kok
1. Pukul Tembok
Berdiri kira2 3m berhadapan dgn tembok, melakukan pukulan2 backhand dan forhand. Setelah mahir, silahkan menggunakan raket training untuk latihan ini.
2. latihan dgn raket practise
belilah sebuah raket practise dgn beragam pilihan berat 120grm, 140grm, 160grm. Berlatihlah stroke dgn teman untuk melatih pukulan2 yg di inginkan.
Yang perlu di ingat
1. Rome wasn't build in a day :thinking:, ingat bahwa latihan tidak akan menghasilkan sesuatu yg instant, jd jgn berputus asa :D
2. To much love will kill you :mad:, ingatlah untuk tidak melakukan dgn terlalu tergesa gesa atau memaksakan diri dgn latihan yg nanti nya akan menyederai bagian dr tubuh kita.
Menurut saya, latihan yg paling mempunyai effek besar diantara latihan diatas adalah latihan dgn raket practise. Karena selain momentum kita dapat, kekuatan pun dapat dihasilkan dgn raket yg lebih berat.
Laman Blog ini membincangkan tentang perkembangan dan cerita-cerita serta teknik-teknik bermain badminton.
Monday, October 4, 2010
Li-Ning reket pemain handalan China

SEMAKIN ramai yang telah mula menyedari betapa pentingnya penjagaan kesihatan bagi menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Salah satu daripada aspek yang dititikberatkan dalam penjagaan kesihatan ialah bersenam.
Bagi sesetengah orang, apabila hendak keluar rumah untuk bersenam, mereka mahu mengenakan pakaian dan kasut yang bersesuaian. Pakaian dan kasut yang memang dibuat khas untuk bersenam memberikan keselesaan semasa melakukan pergerakan-pergerakan tertentu.
Baru-baru ini, Li Ning Company Limited, salah satu daripada pengeluar peralatan sukan terkemuka jenama antarabangsa daripada China telah melancarkan secara rasmi jenama produk badminton Li-Ning di Malaysia.
Li-Ning telah diasaskan pada tahun 1990 oleh ahli gimnastik legenda China, Li Ning.
Li Ning Company Limited menerusi anak syarikatnya terlibat dalam pembangunan jenama, reka bentuk, pengeluaran, jualan dan pengedaran kasut, pakaian dan aksesori berkaitan sukan dan kegunaan riadah.
Rangkaian raket teknologi tinggi, kasut dan aksesori badminton Li-Ning kini digunakan dan diiktiraf oleh bintang badminton China, Lin Dan serta pemain pasukan badminton kebangsaan China. Sejak bulan April 2009, Li-Ning telah menjadi penaja rasmi pasukan badminton kebangsaan China yang akan mempertahankan kejuaraan Piala Thomas dan Uber tahun ini.
Pengurus Besar Li Ning Group bagi Operasi Asia Tenggara, Vivien Lim berkata, sempena dengan pelancaran tersebut, Li Ning Company dan Sunlight Marketing (Sports) Sdn. Bhd, selaku pengedar rasminya di Malaysia, mengumumkan tajaan bernilai RM60,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan bagi menyokong program pembangunan badminton junior di peringkat akar umbi.
Program ini dikendalikan bersama oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Kuala Lumpur (MSSSMKL).
''Penceburan jenama Li-Ning dalam pasaran Malaysia menandakan satu langkah penting dalam usaha bagi meluaskan kehadirannya di pasaran antarabangsa.
''Selepas mengukuhkan kedudukan sebagai jenama sukan terulung di China dalam tempoh dua dekad lepas, kami telah menetapkan Asia Tenggara sebagai pasaran luar negara utama.
"Kami percaya badminton yang mempunyai ramai peminat di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara ialah landasan yang terbaik bagi memperkenalkan jenama Li-Ning memandangkan peminat badminton pasti mengenali kami daripada tajaan profil tinggi kami dengan pasukan badminton kebangsaan China.
''Li-Ning merupakan salah satu daripada empat jenama sukan terkemuka di dunia dengan produk yang dijual di seluruh China, Asia Tenggara, Asia Tengah, Eropah dan rantau lain,'' katanya yang ditemui pada majlis pelancaran di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Li-Ning juga telah menaja beberapa orang atlet yang dihormati sebagai sebahagian daripada inisiatif kesedaran jenama global.
Ini termasuk bintang bola keranjang seperti Baron Davis, Shaquille O'Neal dan Jose Calderon, atlet lompat galah wanita juara dunia dari Rusia, Yelena Isinbeva, perejam lembing nombor satu dunia Andreas Thorkildsen dari Norway dan bintang tenis Croatia, Ivan Ljubicic.
Menurut Lim, beliau yakin produk Li-Ning yang dihasilkan berasaskan penyelidikan dan pembangunan intensif dan berasaskan konsep reka bentuk asli akan mendapat sambutan yang baik di pasaran Malaysia.
Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh pengasas Li-Ning, Li Ning, johan perseorangan badminton lelaki Sukan Olimpik Beijing 2008, Lin Dan, pasukan badminton kebangsaan China dan ketua jurulatihnya, Li Yong Bo.
Tuesday, August 24, 2010
Saturday, August 21, 2010
Reket Jenama Fischer

Recket ini keluaran Austria.Yang mana ada jaminan 2 tahun untuk bingkainya Jika Patah.Siapa yang berminat boleh hubungi saya....0196241161

GDS VISION
Visi GDS ciri lintas-bahagian aerodinamis yang meminimumkan hambatan udara untuk bermain cepat. Poros flex quality membuat untuk menerima eady dan drive. Sistem gelombang memberikan 20% kekuatan frame raket lebih vs konvensional. High modulus grafit (2 pcs) pembinaan. Isometrik kepala.
BAHAN: grafit modulus quality
HEADSIZE: 56 di ²
BERAT: 87 g
MAGNETIC TOUR 83

83 Tour Magnetik fitur dan beredar gabungan kekuasaan dan kawalan. Kelajuan sistem magnetik memberikan raket kelajuan yang luar biasa dengan kekuatan magnet sama repelling selaras. Kelajuan sistem magnet. Lancip aci. Isometrik kepala.
BAHAN: grafit modulus quality
HEADSIZE: 56 di ²
BERAT: 83 g
Friday, August 20, 2010
I Love Badminton
Taufik Hidayat

Taufik Hidayat (lahir 10 Ogos, 1981, Bandung, Jawa Barat, Indonesia) merupakan pemain badminton perseorangan Indonesia dan memiliki ketinggian 176 cm. Beliau merupakan juara dunia 2005 dan juara Olimpik terkini bagi acara perseorangan lelaki. Beliau juga merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia enam kali (1999, 2000, 2002, 2003, 2004 dan 2006). [1]
Ketika Taufik masih muda, beliau menyertai kelab badminton SGS di Bandung. Setelah sekian lama menjalani latihan bersama Iie Sumirat, Taufik mempelajari kekeliruan gerak geri badan dan karakter dan juga taktik permainan ketika berada di jaring.
Hidayat beraksi di Sukan Olimpik 2004, menewaskan Hidetaka Yamada dari Japan dan Wong Choong Hann dari Malaysia pada dua pusingan awal. Pada pusingan suku akhir, Hidayat menentang Peter Gade dari Denmark 15-12, 15-12. Hidayat layak ke separuh akhir, yang mana beliau menentang Boonsak Ponsana dari Thailand 15-9, 15-2. Bermain pada perlawanan penentuan pingat emas, beliau menumpaskan Shon Seung Mo dari Korea Selatan 15-8, 15-7 untuk memenangi pingat emas. Pada Ogos 2005, beliau menumpaskan pemain nombor satu dunia Lin Dan dari China, 15-3, 15-7 dalam pertemuan perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Dunia IBF 2005.
Misbun Sidek

Nama sebenar beliau ialah Mohamed Misbun Bin Sidek dilahirkan pada 17 Februari 1960 di Banting, Selangor. Misbun Haji Sidek merupakan pemain badminton pertama di negara ini yang mencapai taraf antarabangsa ketika berusia 24 tahun. Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia badminton beliau telah menunjukkan komitmen yang penuh dedikasi sehingga telah dikurniakan pingat kebesaran BSD, AMP, AMN, PJK. Jawatan yang dipegang oleh beliau sepanjang penglibatan di dalam dunia badminton ialah sebagai Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Mulai 1996 hingga 31 Disember 2002), Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Mulai 1 Januari hingga sekarang), Ketua Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (Mulai 1 Januari 2003 hingga 31 Disember 2004) dan Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (Mulai 1 Januari 2005 hingga sekarang).
Pencapaian beliau dari awal penglibatan iaitu tahun 1976 sehingga 2005:
1976 Juara Kebangsaan B -18
1977 Juara Kebangsaan B -18
1978 Juara Kebangsaan B -18
1979 Juara Kebangsaan B -21
1980 Juara Kebangsaan, Pemegang Pingat Gangsa Bergu Lelaki Kejohanan Dunia (bersama Jalani), Jakarta
1981 Juara Perseorangan Terbuka Jerman, Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia
Pingat Emas Perseorangan Sea Games di Manila,Olahragawan Kebangsaan
1982 Juara Perseorangan Terbuka Sweden, Naib Juara Perseorangan Piala Dunia,Semi Finalis Perseorangan All England, Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia
1983 Juara Perseorangan Terbuka Jerman, Juara Perseorangan Terbuka Sweden, Juara Perseorangan Terbuka Kanada, Semi Finalis Perseorangan Kejohanan Dunia, Tempat ke-3 Perseorangan Sirkit Pro-Kennex
1985 Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia
1986 Juara Perseorangan Terbuka Malaysia, Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia, Naib Juara Kejohanan All England
1987 Juara Perseorangan Terbuka Chinese Taipei, Juara Perseorangan Piala Konica (Singapore), Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia
1988 Naib Juara Perseorangan Akhir Grand Prix Dunia, Naib Johan Piala Thomas(pasukan)
1990 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
1992 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
1994 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
1996 Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Atlanta
1998 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
2000 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
2002 Memenangi 3 pingat emas dalam acara perseorangan lelaki berpasukan dan bergu campuran bawah kategori 35 tahun ke atas di World Masters Games, Melbourne, Australia, Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia Menerima penghargaan khas daripada Persatuan Badminton Melayu Malaysia, Menerima Penghargaan khas daripada Majlis Sukan Negeri Selangor, Menerima Anugerah Jurulatih Kebangsaan daripada Majlis Sukan Negara
2004 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Athen
2005 Tenaga Jurulatih Ke Kejohanan Dunia, California USA
SUMBER:
Misbun Sidek (2003). Badminton : teknik asas. Selangor : Do-It Future Sdn. Bhd.
http://bulutangkis.web.infoseek.co.jp/nusa/b_misbun.htm
http://www.pnm.my/yangpertama/Sohor_Misbun.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)
