Chong Wei tewas kepada Boonsak, Malaysia kalah 2-3 kepada Thailand
SKUAD badminton negara diketuai jaguh perseorangan, Lee Chong Wei menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut kepada Thailand 3-2 dalam saingan suku akhir acara berpasukan di Gymnasium Tianhe, petang semalam.
Petanda bakal kalah sudah terbayang selepas pemain nombor satu dunia itu tunduk mengejut kepada Boonsak Ponsana 21-9, 10-21, 19-21, tetapi pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas menang mudah ke atas Prapakamol Sudket-Anugritayawon S 21-12, 21-13.
Hafiz Hashim bagaimanapun meletakkan skuad negara di ambang kemenangan dengan mengutip mata kedua menundukkan Saensomboonsuk T 14-21, 21-14, 21-18 tetapi pasangan muda, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong gagal mencari mata kemenangan apabila tewas kepada Jongjit Maneepong-Isara Bodin 23-21, 21-12, 21-16.
Pada kedudukan 2-2, fokus beralih kepada perseorangan ketiga dan Liew Daren jelas menghampakan apabila tunduk kepada Avihingsanon S 16-21, 16-21 membolehkan Thailand mara ke separuh akhir.
Kekalahan ini amat menyedihkan. Kita tak patut kalah, kata jurulatih, Misbun Sidek. Chong Wei tidak dapat beraksi baik kerana selesema. Kita terpaksa menurunkannya untuk mengutip mata. Apa pun, Boonsak jelas berada pada prestasi terbaik. Kita tidak jangka Hafiz berjaya membutirkan mata tetapi pemain muda nampak gugup dalam situasi genting. Apapun, ia pengalaman terbaik buat mereka.
Laman Blog ini membincangkan tentang perkembangan dan cerita-cerita serta teknik-teknik bermain badminton.
Sunday, November 14, 2010
Friday, November 12, 2010
Permula permainan badminton
sikap berikut perlu ada bagi seorang pemain badminton
1.Minat
2.Berdisiplin
3.Menepati Masa
4.Taat pada jurulatih
5.Konsistensi dalam latihan
6.Penguasaan EQ
1.Minat
2.Berdisiplin
3.Menepati Masa
4.Taat pada jurulatih
5.Konsistensi dalam latihan
6.Penguasaan EQ
Jadikan Badminton sebagai kerjaya profesional
Untuk memastikan pelapis muda negara setanding pemain dunia,Kerajaan haruslah menjadikan Pemain badminton sebagai kejaya profesional.Dengan menjadikannya sebagai satu kerjaya semua yang berminat dengan pemainan ini boleh fokus dengan permainan ini lebih fokus.Jadikan Kerjaya permainan badminton sepenuh masa.Lihatlah seperti permain tennis mereka jadikannya sebagai kejaya profesional.
Thursday, November 4, 2010
Teknik asas pergerakan kaki penguasaan gelanggang
Dalam permainan badminton asas pergerakan kaki dalam penguasaan gelanggang amat penting.Dengan penguasaan asas pergerakan kaki menjadi nadi penting dalam permainan badminton.Disini saya ingin kongsikan video teknik pergerakan kaki yang betul dalam permainan badminton.
Lihat video pertama
Dalam Video pertama anda diajar menguasai teknik kiri kanan
Lihat Video Kedua
Dalam ini anda akan diajar dengan langkah demi langkah pergerakan kaki bagaimana untuk membuat pergerakan mengambil bola belakang forehand dan backhand.
Lihat Video Ketiga
Dalam Video ini anda akan diajar bagimana menggunakan kesemua pergerakan kaki untuk kawalan gelanggang.
Kesimpulannya teknik pergerakan gelanggang adalah menjadi asas kejayaan dalam permainan badminton.
Lihat video pertama
Dalam Video pertama anda diajar menguasai teknik kiri kanan
Lihat Video Kedua
Dalam ini anda akan diajar dengan langkah demi langkah pergerakan kaki bagaimana untuk membuat pergerakan mengambil bola belakang forehand dan backhand.
Lihat Video Ketiga
Dalam Video ini anda akan diajar bagimana menggunakan kesemua pergerakan kaki untuk kawalan gelanggang.
Kesimpulannya teknik pergerakan gelanggang adalah menjadi asas kejayaan dalam permainan badminton.
Monday, November 1, 2010
Kenapa Permainan Bola Sepak Asia Tak Setaraf Badminton?
Mungkin orang kata pengasas badminton adalah asia.Tapi tidak...ini kerana faktor mentaliti penduduk asia.Kenapa ramai asia banyak melahirkan jaguh dalam badminton contohnya lindan ,Datuk Lee Chong Wei dan banyak lagi sebab dalam diri mereka ada mentaliti yang hebat.Mentaliti yang hebat boleh mempengaruhi sesorang itu sehingga boleh melakukan diluar kebiasaan.Orang yang hebat mempunyai metaliti yang hebat...tak mungkin satu hari nanti negara jepun akan naik sebagai jaguh badminton antarabangsa.Kenapa bola sepak tidak berlaku? In semua kerana mentaliti..fikirkan masyarakat malaysia ,indonesia dan asia....bangun untuk kekalkan kejuaraan badmiton maju lah anda juga ke Piala Dunia....Malaysia dan indonesia layak ke Piala Dunia....
Subscribe to:
Posts (Atom)