Kepada sesiapa peminat badminton di sini saya ingin kongsikan bersama tentang badan dunia yang mengawal sukan badminton.Apa sebenarnya Persekutuan Badminton Dunia?
Persekutuan Badminton Dunia atau BWF ialah badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dengan dunia Badminton. Ditubuhkan pada 1934 sebagai Persekutuan Badminton Antarabangsa bersama 9 anggota (Kanada, Denmark, England, Perancis, Ireland Utara, Belanda, New Zealand, Scotland, dan Wales. Pada 24 September 2006, Perjumpaan Tahunan diadakan di Madrid, yang mana kata sepakat menerima penukaran nama baru kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).[1]
Pejabat utama pertubuhan ini terletak di Cheltenham, United Kingdom sejak ia ditubuhkan, tetapi pada 1 Oktober, 2005, ia kini terletak di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment