Tuesday, November 30, 2010

Jadual Pelawanan Badminton Dunia Bulan Disember 2010

Rangking 10 terbaik bergu dan single terkini


Latihan Backhand Smash

Latihan untuk membuat Backhand Drop

Bagimana nak pegang reket ketika Back Hand

Sunday, November 21, 2010

Persediaan Awal Permain Badminton Untuk Latihan

Cara Terbaik untuk Mempersiapkan Tahap Fisikal Umum Pemain

1. Program Latihan Larian
Latihan lari sangat penting dan baik untuk menguasai kemampuan denyutan jantung, paru-paru, dan kekuatan hati. Membiasakan pemain berlatih larian selama 40-60 minit tanpa berhenti, yang dilakukan 3-4 kali seminggu, sangat baik untuk membina kemampuan daya tahan aerobik dan kesihatn umum pemain.

2. Program Latihan Senaman
Bentuk-bentuk latihan senam peregangan untuk seluruh bagian tubuh dan persendian harus diberi perhatian. Latihan peregangan hendaklah diselangi gerakan untuk memperkuat bahagian tubuh bahagian atas dan bawah yang dilakukan secara berganti-ganti.

3. Program Latihan Lompat Tali
Latihan ini sangat balk untuk membina daya tahan, kelincahan kaki, dan kecepatan serta melatih kemampuan gerak pergelangan tangan lebih lentur dan kuat. Proses latihan dapat dilakukan de-ngan loncat satu kaki secara bergantian (seperti lari biasa), loncat dua kaki, dan masih banyak bentuk variasinya.

4. Program Latihan Gabungan
Model atau sistem pelatihan ini adalah menggunakan berbagai alat bantu seperti bangku, gawang ukuran kecil, tiang, tongkat, tali, bola, dan sebagainya. Tujuan latihan ini adalah membina dan meningkatkan kamampuan dan keterampilan gerak pemain sebagai keupayaan untuk pengkayaan gerak. Pemain harus fokus dalam melakukan rangkaian gerak yang ada hubungannya dengan gerakan-gerakan dalam permainan badminton, di samping memberikan keutamaan pada pembinaan aspek-aspek kelincahan, dan koordinasi gerak yang memang diperlukankan dalam badminton.

5.Latihan Pemanasan (warming up)
Banyak latihan kurang memberikan perhatian khusus perihal peranan dan fungsi latihan pemanasan yang benar dan betul. Latihan pemanasan yang betul akan memberikan pengaruh positif pada proses kerja organ tubuh, mekanisme peredaran darah, dan pernafasan. Itu semua akan mempengaruhi langsung untuk kerja berat selanjutnya. Di samping itu, sangat penting untuk menghindari terjadinya berbagai kecederaan otot, persendian, dan fungsi-fungsi tubuh lainnya.


Pada umumnya latihan pemanasan berbentuk:

a. Lari jarak pendek yang pelbagai seperti lari sambil angkat paha/lutut, lari mundur, lari maju dan ke sisi.
b. Melakukan gerakan-gerakan senaman yang bersifat meregang otot kaki, paha belakang, depan, lengan, pergelangan kaki, pinggang, otot bahu, dan lain-lain.
c. Kualiti regangan harus dilakukan dengan perlahan hingga terasa terjadi proses peregangan pada bagian otot dan persendian yang dilatih. Hindari melakukan gerakan sentak, yang dapat menyebabkan rasa sakit pada otot atau persendian.

6. Latihan Pendinginan (cooling exercise)
Latihan ini dilakukan setelah program latihan selesai dilaksanakan sebagai mengendurkan bahagian otot yang bekerja berat tadi kembali pada posisi rileks dan tidak kaku. Bentuk latihannya adalah senam dan gerakan meregang. Kualiti latihan meregang, khususnya untuk otot besar seperti paha belakang dan depan, ping-ang, punggung, otot lengan, bahu, dada, dan berbagai persendian tubuh, harus diamati dengan betul. Lakukan gerakan pendinginan ini perlu dilakukan selepas setiap kali akticviti berat dilakukan

B. Sistem Latihan Fisikal Khusus

Pelatihan fizikal badminton dituntut untuk memahami dan mengetahui secara spesifik keperluan gerak olahraga ini. Bahkan harus mendalami makna proses kerja otot, sistem energi, dan mekanisme gerak yang terjadi dalam permainan badminton. Atas dasar pengetahuan ini, pelatih akan mampu merancang bentuk-bentuk latihan fisikal secara spesifik, sesuai keperluan pemain.

1. Latihan Daya Tahan
(Aerobik dan Anaerobik)
Kemampuan daya tahan dan stamina dapat dikembangkan melalui kegiatan lari dan gerakan-gerakan lain yang memiliki nilai aerobik. Biasakan pemain menyenangi latihan lari selama 40-60 minit dengan kecepatan yang pelbagai. Tujuan latihan ini adalah meningkatkan kemampuan daya tahan aerobik dan daya tahan otot. Dimana pemain dipacu untuk berlari dan bergerak dalam waktu yang lama dan tidak mengalami kepenatan yang melampau.

Selanjutnya proses latihan lari ini ditingkatkan dengan kualiti frekuensi, intensiti, dan kelajuan, yang akan berpengaruh terjadinya proses anaerobik (stamina) pemain. Artinya, pemain itu mampu bergerak cepat dalam tempoh lama dengan gerakan yang tetap konsisten dan harmonis.

2. Latihan Kekuatan
Pemain badmintoan sangat memerlukan aspek kekuatan. Berdasarkan analisis dan penguasaan pemain melakukan gerakan-gerakan seperti melompat ke depan, ke belakang, ke sisi, memukul sambil loncat, melakukan langkah lebar dengan tiba-tiba. Semua gerakan ini memerlukan kekuatan otot dengan kualiti gerakan yang baik dan betul.
Cara terbaik untuk meningkatkan kemampuan kekuatan ini adalah latihan menggunakan beban atau dengan kata lain latihan beban (weight training). Sebaiknya sebelum melakukan program latihan beban sesungguhnya, disarankan agar pemain terlebih dulu mengenal berbagai bentuk gerakan seperti:
- mendorong (push up, pull up)
- bangun tidur, angkat kaki
- memperkuat otot punggung, pinggang
Proses selanjutnya adalah meningkatkan kualiti gerakan dengan menggunakan beban (weight training) yang sebenarnya. Dinasihatkan untuk tidak melakukan atau berlatih lompat di tempat yang keras kerena apabila terjatuh terjadinya sakit, cedera pada bagian lutut, dan pinggang.

3. Latihan Ketangkasan
Aspek ketangkasan dalam badminton sangat penting. Pemain harus bergerak dengan cepat untuk menutup setiap sudut-sudut lapangan sambil menjangkau atau memukul bulutangkis dengan cepat.

Cara untuk bergerak cepat adalah melatih ketangkasan kaki. Aspek ketangkasan dalam badminton juga bermakna pemain harus cekap dalam mengubah arah gerak dengan tiba-tiba, tanpa kehilangan momen keseimbangan tubuh. Bentuk-bentuk latihannya antara lain:
a. Lari cepat dalam jarak dekat
b .Lari bolak-balik, jarak enam meter (shuttle run)
c. Tingkatkan kualiti latihan dengan menggunakan beban, rintangan, dan lain-lain.
d. Berdiri jengket dan diikuti lari cepat dalam jarak dekat pula.

4. Latihan Kelenturan/Fleksibiliti
Fleksibiliti adalah komponen kesegaran jasmani yang sangat penting dikuasai oleh setiap pemain badminton. Dengan ciri-ciri gerakan cepat, kuat, tangkas namun tetap bertenaga, pembinaan kelenturan tubuh harus mendapat perhatian khusus.

Latihan fleksibiliti harus mendapat bahagian yang mencukupi. Orang yang kurang lentur mudah mengalami kecederaan di bahagian otot dan daerah persendian. Di samping itu, gerakannya cenderung kaku sehingga banyak menggunakan tenaga, kurang harmonis, kurang rileks, dan tidak efisyen.
Latihan-latihan peregangan dengan kualiti gerakan yang baik memacu komponen otot dan persendian mengalami peregangan yang optimum. Oleh karena itu, fleksibiliti ini harus dilatih dengan tekun dan sistematik.

5. Model-Model Latihan Fisikal dengan Menggunakan Alat Bantu Latihan

a. Latihan dengan Bola Medisin
Bola medisin yang beratnya pelbagai antara 1-5 kilogram merupakan alat bantu latihan, antara lain untuk kekuatan dan kecepatan melempar, membina kekuatan lengan, kaki, dan kekuatan bahagian atas dan bawah tubuh.
Bentuk latihan bola medisin ini antara lain dilakukan dengan melempar ke arah tembok dengan satu atau dengan dua lengan. Berdiri kira-kira 3-4 meter dari tembok, lalu lempar bola itu dan segera tangkap bola tersebut sambil lari mundur ke arah garis mula, seperti gerakan mundur dalam permainan badminton.

b. Latihan Lompat Tali
Pemain badminton dianjurkan untuk tampil dan menguasai bentuk latihan lompat tali ini. Pengaruh latihan ini sangat membantu untuk membina kekuatan kaki, pergelangan kaki, daya tahan, koordinasi gerakan, dan membantu peningkatan kualiti gerak pergelangan tangan.
Latihan lompat tali dirancang dengan sistem interval antara lain sebagai berikut:

• Sesi I: • Sesi H:
1. 3 X 30 detik 1.5 X 25 detik
2. 5 X 25 detik 2. 7 X 20 detik
3. 7 X 20 detik 3. 5 X 30 detik
4. 3 X 30 detik 4. 3 X 40 detik

Masa rehat antara kegiatan adalah 15-20 detik. Tingkatkan latihan ini dengan menambah jumlah sesi, waktu kegiatan masa rehat dipendekkan. Dalam aplikasi latihan lompat tali, pelatih harus berperan memberikan motivasi dan pengawasan gerak lompat, sehingga tujuan latihan tercapai dengan optimum.

Latihan ini berfungsi untuk meningkatkan kemampuan gerak kaki, kecepatan, serta daya tahan. Latihan ini dapat dijadikan sebagai program khusus, rutin bagi pemain agar langkah dan gerakan kaki (footwork) sentiasa ditingkatkan dan dipelihara terus.
Untuk meningkatkan kualiti latihan ini, pemain harus menggunakan "jaket pemberat" yang dibuat khusus untuk itu. Sangat baik untuk membina kualitidan ketangkasan gerak pemain.

d. Latihan Lompat Bangku
Latihan ini berfungsi untuk membina kekuatan kaki, konsentrasi, dan ketangkasan gerakan yang diperlukan dalam permainan. Bangku dibuat dengan berbagai ukuran tinggi antara lain 40, 50, 70, 80 cm. Alat ini berfungsi sebagai alat pemberat, rintangan, tantangan, agar pemain terpacu untuk mengatasinya. Proses kerja "overload' (beban lebih) dengan menggunakan beban rintangan ini, latihan makin terasa berat bagi pemain.
Dalam pelaksanaan latihan, pelatih harus tampil meletakkan bangku itu sesuai dengan tujuan latihan dan keperluan pemain

Peralatan Permainan -Shuttlecock


Shuttlecock atau bulu tangkis, biasanya dibuat dari bulu angsa buatan abrik, umumnya sudah memiliki standard yang ditentukan oleh IBF. Berat bulutangkis ini sekitar 5,67 gram. Bulu angsa yang terikat di gabus yang dibungkus kulit berwarna putih berjumlah antara 14-16 buah, dan diikat dua tali agar tidak mudah lepas. Jenis ini yang selalu dipakai untuk kejuaraan rasmi. Di luar negeri banyak pula digunakan bulu tangkis dari karet, baik untuk gabus maupun bulunya. Bentuk, ukuran, dan besarnya harus sama dengan bulu tangkis yang terbuat dari bulu angsa, namun umumnya bulu tangkis plastik hanya dipakai untuk latihan saja.


Bulu tangkis yang bagus adalah kalau dipukul dengan raket dengan tangan di bawah pinggang meluncur dengan lurus, tanpa gerakan ke arah kiri atau kanan ketika ke udara. Para pemain peringkat antarabangsa sering mencuba bulu tangkis dengan memukul ke ruang di balik netnya. Bila dipukul dengan tangan mengayun dari bawah, bulu tangkis yang baik akan mencapai kira-kira di tempat yang sama dengan penghantar servis.

Jadual Pelawanan Badminton untuk Baki November 2010

Kedudukan Terkini Rangking Dunia dalam Permainan Badminton

Lin Dan Membuktikan kehebatanya Dalam Sukan Asia

Tahniah kepada Datuk Lee Chong wee kerana telah mendapat pingat perak dalam pertandingan badminton sukan asia 2010.Kehebatan Lin membuktikan bahawa negara malaysia perlu melahirkan banyak lagi jauguh dunia semacam lin dan....Lin dan telah memenagi pertandingan ini dengan kiraan 3 set.21-15,17-21 dan 21-10.Tahniah Lin Dan dan Tahniah Datuk Lee Chong Wee

Mantap..mantap permainan bergu akhir di Negara China

Pelawanan yang hebat diantara bergu negara dengan bergu negara indonesia.Kesemuanya menunjukan persembahan yang hebat dan mantap.Semua penonton teruja dengan permainan mereka.Skill dan kemahiran badminton yang ditunjukan amat menakjubkan.Teknik bermain badminton yang mantap dan berkesan.Kaedah mengawal emosi yang mantap perlu telah dilakukan oleh kedua pemain dua buah negara.Semangat juang yang tinggi kedua-dua pemain bergu tunjukan.Ini yang menjadikan permainan badminton hebat didunia ini.Tahniah Kepada kedua-dua buah negara.Kalah dapat pingat menang pun dapat pingat...

Sunday, November 14, 2010

Pemain Muda Negara Perlu Digilap

Jadikan Contoh Jepun,kemungkinan besar akan menjadi kuasa Dunia dalam permainan badminton.Kejayaan demi kejayaan dilakukan oleh jepun dalam arena ini.Negara perlu mengilap aset mudanya untuk menjadikan mereka lebih profesional dalam permainan badminton.Negara perlu sanggup kalah dahulu dengan menyandarkan pemain muda agar mereka dapat pendedahan dalam dunia permainan antarabangsa.Percayalah jika kita hanya berharap dengan pemain senior satu hari nanti permainan badminton akan menjadi seperti permainan bola sepak sekarang ini.Dahulunya kita diabang dan akan datang kita kebelakang.Insan yang sayangkan industri permainan badminton negara.

Malaysia Rebah di Tangan Thailand Di Sukan Asia Dalam Arena Badminton

Chong Wei tewas kepada Boonsak, Malaysia kalah 2-3 kepada Thailand

SKUAD badminton negara diketuai jaguh perseorangan, Lee Chong Wei menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut kepada Thailand 3-2 dalam saingan suku akhir acara berpasukan di Gymnasium Tianhe, petang semalam.

Petanda bakal kalah sudah terbayang selepas pemain nombor satu dunia itu tunduk mengejut kepada Boonsak Ponsana 21-9, 10-21, 19-21, tetapi pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas menang mudah ke atas Prapakamol Sudket-Anugritayawon S 21-12, 21-13.

Hafiz Hashim bagaimanapun meletakkan skuad negara di ambang kemenangan dengan mengutip mata kedua menundukkan Saensomboonsuk T 14-21, 21-14, 21-18 tetapi pasangan muda, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong gagal mencari mata kemenangan apabila tewas kepada Jongjit Maneepong-Isara Bodin 23-21, 21-12, 21-16.
Pada kedudukan 2-2, fokus beralih kepada perseorangan ketiga dan Liew Daren jelas menghampakan apabila tunduk kepada Avihingsanon S 16-21, 16-21 membolehkan Thailand mara ke separuh akhir.

Kekalahan ini amat menyedihkan. Kita tak patut kalah, kata jurulatih, Misbun Sidek. Chong Wei tidak dapat beraksi baik kerana selesema. Kita terpaksa menurunkannya untuk mengutip mata. Apa pun, Boonsak jelas berada pada prestasi terbaik. Kita tidak jangka Hafiz berjaya membutirkan mata tetapi pemain muda nampak gugup dalam situasi genting. Apapun, ia pengalaman terbaik buat mereka.

Friday, November 12, 2010

Permula permainan badminton

sikap berikut perlu ada bagi seorang pemain badminton
1.Minat
2.Berdisiplin
3.Menepati Masa
4.Taat pada jurulatih
5.Konsistensi dalam latihan
6.Penguasaan EQ

Jadikan Badminton sebagai kerjaya profesional

Untuk memastikan pelapis muda negara setanding pemain dunia,Kerajaan haruslah menjadikan Pemain badminton sebagai kejaya profesional.Dengan menjadikannya sebagai satu kerjaya semua yang berminat dengan pemainan ini boleh fokus dengan permainan ini lebih fokus.Jadikan Kerjaya permainan badminton sepenuh masa.Lihatlah seperti permain tennis mereka jadikannya sebagai kejaya profesional.

Thursday, November 4, 2010

Teknik Kejurulatihan China Untuk penguasaan gelanggang

Bagaimana untuk latihan yang terbaik untuk penguasaan gelanggabg

Teknik asas pergerakan kaki penguasaan gelanggang

Dalam permainan badminton asas pergerakan kaki dalam penguasaan gelanggang amat penting.Dengan penguasaan asas pergerakan kaki menjadi nadi penting dalam permainan badminton.Disini saya ingin kongsikan video teknik pergerakan kaki yang betul dalam permainan badminton.

Lihat video pertama



Dalam Video pertama anda diajar menguasai teknik kiri kanan

Lihat Video Kedua



Dalam ini anda akan diajar dengan langkah demi langkah pergerakan kaki bagaimana untuk membuat pergerakan mengambil bola belakang forehand dan backhand.

Lihat Video Ketiga


Dalam Video ini anda akan diajar bagimana menggunakan kesemua pergerakan kaki untuk kawalan gelanggang.

Kesimpulannya teknik pergerakan gelanggang adalah menjadi asas kejayaan dalam permainan badminton.

Monday, November 1, 2010

Kenapa Permainan Bola Sepak Asia Tak Setaraf Badminton?

Mungkin orang kata pengasas badminton adalah asia.Tapi tidak...ini kerana faktor mentaliti penduduk asia.Kenapa ramai asia banyak melahirkan jaguh dalam badminton contohnya lindan ,Datuk Lee Chong Wei dan banyak lagi sebab dalam diri mereka ada mentaliti yang hebat.Mentaliti yang hebat boleh mempengaruhi sesorang itu sehingga boleh melakukan diluar kebiasaan.Orang yang hebat mempunyai metaliti yang hebat...tak mungkin satu hari nanti negara jepun akan naik sebagai jaguh badminton antarabangsa.Kenapa bola sepak tidak berlaku? In semua kerana mentaliti..fikirkan masyarakat malaysia ,indonesia dan asia....bangun untuk kekalkan kejuaraan badmiton maju lah anda juga ke Piala Dunia....Malaysia dan indonesia layak ke Piala Dunia....