Friday, August 20, 2010

Lee Chong Wei



Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lee (李).

Datuk Lee Chong Wei
Lee Chong Wei.jpg
Maklumat peribadi

Nama penuh 李宗伟
Tarikh lahir 21 Oktober 1982 (umur 27)
Tempat lahir Pulau Pinang, Malaysia
Tinggi 1.74 m (5 ft 8+1⁄2 in)
Berat 60 kg (130 lb/9.4 st)
Perseorangan lelaki
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Tangan kegemaran Kanan
Jurulatih Misbun Sidek
Ranking tertinggi 1 (24 Ogos 2006)
Ranking terkini 1 (6 November 2008)
BWF ID: 50152
Rekod pingat Olimpik
Peserta untuk Bendera Malaysia Malaysia
Badminton - lelaki
Perak Beijing 2008 Perseorangan

Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; Cina Tradisional: 李宗偉; pinyin: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982 di George Town, Pulau Pinang[1]) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.[2] Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.[3]

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan pada 21 Ogos 2008.[4] Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

No comments:

Post a Comment