Friday, August 20, 2010

Lin Dan

Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lin (林).

Lin Dan

Maklumat peribadi

Nama singkatan(s) Super Dan
Nama penuh 林丹
Tarikh lahir 14 Oktober 1983 (umur 26)
Tempat lahir Longyan, wilayah Fujian
Tinggi 178 cm
Berat 72kg
Perseorangan lelaki
Negara Flag of the People's Republic of China China
Tangan kegemaran Kiri
Ranking tertinggi 1 (26 Februari, 2004[1])
Ranking terkini 2 (21 Ogos 2008)
BWF ID: 50906
Rekod pingat
Peserta untuk Bendera China China
Badminton - lelaki


Sukan Olimpik
Emas Beijing 2008 Perseorangan


Kejohanan Dunia BWF
Emas Kuala Lumpur 2007 Perseorangan
Emas Madrid 2006 Perseorangan
Perak Anaheim 2005 Perseorangan

Lin Dan (Cina Ringkas: 林丹; pinyin: Lin Dan) (lahir 14 Oktober 1983) merupakan pemain badminton China yang berketurunan Hakka, dari Fujian, Republik Rakyat China. Lin kini pemain badminton perseorangan yang mendominasi pentas dunia.

Lin bermain di Sukan Olimpik 2004, dia tewas kepada Ronald Susilo dari Singapura pada pusingan pembukaan. Selepas itu, dia tumpas kepada Taufik Hidayat di peringkat akhir di Kejohanan Dunia Badminton 2005.

Pada tahun 2006, Lin menang ke atas Bao Chunlai di pusingan akhir Kejohanan Dunia Badminton di Madrid, Spain. Pada tahun 2005, Lin Dan pernah bertemu dengan Bao di tiga kejohanan yang diadakan di China: China Masters, Sukan Kebangsaan China, dan Terbuka Hong Kong.

Lin mempunyai seorang teman wanita yang bernama Xie Xingfang. Xie juga merupakan pemain nombor satu dunia ketika ini.[2] Lin juga pernah memenangi kejohanan yang berprestij iaitu Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England di Birmingham, juga memenangi Kejohanan Dunia Badminton 2006 di mana Lin bertemu dengan rakan senegaranya Bao Chunlai dengan mendapat gelaran Kejohanan Dunia yang pertama.

No comments:

Post a Comment