Wednesday, February 2, 2011

Teknik FootWork

Satu lagi teknik yang harus dipelajari bagi pemula atau beginer untuk bermain badminton adalah teknik kawalan gelanggang atau dikenali sebagai Footwork.Teknik ini menjadi asas kepada kejayaan seorang pemain untuk mengawal gelanggang.Lihat Video di Bawah Bagaimana 2 jaguh dunia mengawal teknik kawalan gelanggang yang sempurna bagi membolehkan permainan badminton menjadi seni yang begitu hebat untuk pandangan umum.

Disini saya ingin berkongsi video asas Teknik Footwork untuk tontonan tuan puan





Pergerakan Perlahan Dato' Lee Chong Wei



Latihan Dato Lee Chong Wei

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk menguatkan pertahanan anda sebagai seorang pemain badminton.Langkah yang ingin saya kongsikan ini adalah hasil terbitan daripada latihan Dato Lee Chong Wei....sungguh powerful pertahanan......

Monday, January 31, 2011

Chong Wei Gagal Pertahankan Gelaran Terbuka Korea

KUALA LUMPUR, 30 Jan -- Juara bertahan Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan gelaran Kejohanan Badminton Terbuka Korea apabila tewas kepada bintang sensasi China, Lin Dan, pada perlawanan akhir di Seoul, Ahad.

Walaupun Chong Wei berada pada ranking nombor satu dunia tetapi terpaksa mengakui kehebatan Lin Dan, yang menarik diri dari saingan suku akhir Terbuka Malaysia minggu lepas, dengan keputusan 21-19, 14-21 dan 21-16.

Kejayaan Lin Dan itu merupakan kejuaraan pertama siri super untuk dirinya tahun ini selepas Chong Wei membuka musim baru dengan merangkul Terbuka Malaysia.

Sebagai rekod, Chong Wei baru lapan kali mencatatkan kemenangan ke atas Lin Dan dalam 22 pertemuan antara mereka.

Kejohanan Terbuka Korea menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$1.2 juta (RM3.6 juta).

Sementara itu, dalam beregu lelaki, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan mudah menundukkan beregu nombor satu dunia Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark 21-6, 21-13.

Pada acara final perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran, peserta China berentap sesama sendiri untuk merebut kejuaraan.

Dalam perseorangan wanita, pemain nombor satu dunia Wang Yihan menebus kekalahannya pada Terbuka Malaysia minggu lepas dengan mengatasi Wang Shixian 21-14, 21-18.

Dalam beregu wanita, Wang Xiaoli/Yu Yang menewaskan Tian Qing/Zhao Yunlei 21-18, 19-21, 21-4 manakala dalam beregu campuran Zhang Nan/Zhao Yunlei menundukkan Jiaming Tao/Tian Qing 21-17, 13-21, 21-19.

-- BERNAMA

Monday, January 24, 2011

Taufik Hampa

Kuala Lumpur (ANTARA News) - Pebulu tangkis Indonesia gagal mempersembahkan gelar tunggal putra dalam Malaysia Open Super Series 2011, setelah Taufik Hidayat kalah dari pemain Malaysia Lee Chong Wei, dengan dua set langsung 8-21, 17-21.

Dalam pertandingan yang berlangsung di stadion Putra Bukit Jalil, Minggu, Taufik pada set pertama sulit mengembangkan permainan karena terus mendapatkan tekanan dari Chong Wei sehingga banyak pukulannya yang keluar dan menyangkut di net. Set pertama ditutup dengan 8-21.

Pada set kedua, Taufik mencoba bangkit dengan terus menyerang, namun Chong wei melayani permainan lawannya itu. Bahkan, sejumlah pukulan smash yang tajam dan mematikan, semakin memberatkan Taufik untuk meraih angka.

Set kedua juga masih dikuasai oleh pemain Malaysia tersebut, sehingga Taufik akhirnya menyerah dengan angka 17-21.

Seusai pertandingan Taufik mengakui lawannya bermain bagus dan Chong Wei mendapat dukungan penuh dari penonton.

"Dia bermain bagus, sedangkan saya sulit mengembangkan permainan. Ya, itulah hasilnya, dia menang," Ungkap Taufik.

Namun demikian, lanjut dia, dirinya akan berusaha mengalahkan Chong Wei bila bertemu di turnamen lainnya.

Di sisi lain, Chong Wei merasa kemenangannya untuk Malaysia, karena hanya dia satu-satunya pemain yang tersisa mewakili negaranya.

"Saya berusaha melakukan yang terbaik dan kemenangan ini adalah untuk negara," ungkapnya.

Sementara itu, kekalahan Taufik ini membuat tidak ada satupun pemain Indonesia yang ikut dalam turnamen tersebut meraih juara. Empat partai lainnya, yaitu tunggal putri, ganda putra, ganda putri, dan ganda campuran diborong oleh pemain-pemain China.

Bukan Wang Jadi sandaran oleh Dato Lee Chong Wei

Chong Wei enggan habuan lumayan gugat tumpuan

TERBUKA Korea Selatan - medan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1.2 juta (RM3.8 juta) - harus mencengkam minda Lee Chong Wei (gambar) ketika dia membuat setiap lawan ghairah mahu menumbangkan juara bertahan itu dan pulang dengan kocek kembong.

Juara perseorangan lelaki akan menerima AS$90,000 (kira-kira RM300,000) dan dengan kehadiran juara dunia dan Olimpik, Lin Dan serta naib juara Terbuka Malaysia, Taufik Hidayat, jagoan negara meniti ranjau sukar dalam kejohanan terkaya itu.

Chong Wei yang berlepas ke Seoul malam kelmarin sebaik menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ketujuh tidak melihat elemen seumpama ini akan mengganggu misi membawa pulang kejuaraan, malah menunjukkan wajah bersifat tenang.
“Saya tidak mahu memikirkan soal siapa lawan, kerana saya mahu menghadapinya satu persatu,” katanya.

“Apa yang penting, saya mahu fokus kepada persiapan diri,” katanya yang ditemani penolong jurulatih, Tey Seu Bock.

Setakat ini dua kejohanan sudah berjaya dimenanginya dan kini hanya tinggal satu lagi buat Chong Wei melengkapkan misi gemilang, bulan ini apabila turun beraksi mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea, esok.

Namun, tidak seperti dua kejohanan sebelum ini, permata negara itu mengakui misi terakhir kali ini lebih getir dan mencabar kerana hampir semua pemain terbaik dunia beraksi dalam kejohanan paling mahal dalam sejarah.
Berdasarkan undian, Chong Wei yang diletakkan selaku pilihan pertama akan memulakan cabaran menentang pemain Denmark, Jan O Jogensen di pusingan pertama dan menantinya di pusingan kedua dijangka pemain tuan rumah, Park Sung-hwan.

Seandainya melepasi halangan itu, Chong Wei dijangka bertemu juara dunia 2010, Chen Jin yang juga pilihan kelima di suku akhir sebelum seorang lagi wakil Tembok Besar sama ada Chen Long atau Bao Chunlai menantinya di separuh akhir.

Pada awal bulan, dia turut berjaya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Siri Super Final di Taiwan.

Sementara itu, Seu Bock yang dihubungi di Korea berkata, Chong Wei dalam keadaan fizikal dan semangat yang tinggi walaupun cuaca sejuk di bawah 5 darjah celsius.

“Dia tidak suka dengan cuaca sejuk,” katanya. “Dia perlu berhati-hati kerana semua pemain yang bertemunya bukan mahu memenangi kejohanan tetapi mahu menumbangkannya. Jadi, dia perlu fokus kepada setiap lawan yang ditemui,” katanya.

Sumber Berita Harian 25/1/2011

Lin Dan tarik diri

PEMINAT tempatan yang mahu menyaksikan kehebatan bintang sensasi dari China, Lin Dan meneruskan aksi dalam saingan Terbuka Malaysia terpaksa berputih mata apabila pemain itu menarik diri pada pusingan suku akhir, semalam selepas dinasihatkan berehat akibat kecederaan di bahagian kiri abdominal (perut).

Pengadil kejohanan, Jane Wheatley berkata pakar perubatan daripada Institut Sukan Negara (ISN), Dr Khairulina Khalid telah melakukan pemeriksaan rapi selepas pemain China itu mengalami kesakitan semasa sesi pemanasan badan, pagi semalam.

PEMINAT tempatan yang mahu menyaksikan kehebatan bintang sensasi dari China, Lin Dan meneruskan aksi dalam saingan Terbuka Malaysia terpaksa berputih mata apabila pemain itu menarik diri pada pusingan suku akhir, semalam selepas dinasihatkan berehat akibat kecederaan di bahagian kiri abdominal (perut).

Pengadil kejohanan, Jane Wheatley berkata pakar perubatan daripada Institut Sukan Negara (ISN), Dr Khairulina Khalid telah melakukan pemeriksaan rapi selepas pemain China itu mengalami kesakitan semasa sesi pemanasan badan, pagi semalam.
"Menerusi pemeriksaan yang dilakukan, Lin Dan disahkan tidak lagi cergas untuk meneruskan perlawanan selepas ini dan diminta berehat serta melakukan fisioterapi. Dikhuatiri kecederaan pemain itu akan bertambah teruk jika dia masih meneruskan perlawanan," kata pengadil dari Australia itu.
Dia dimaklumkan kecederaan yang berlaku itu adalah kecederaan lama pemain berkenaan yang diletakkan sebagai pemain pilihan kelima kejohanan.

Penarikan diri Lin Dan pada pusingan suku akhir semalam memberikan kemenangan percuma kepada rakan senegaranya, Chen Long.


Berita Harian
22/1/2011

Silaturahim Antara Jurulatih dan Pemain Masih Akrab




Berpelukan... Datuk Lee Chong Wei menuju ke arah Datuk Misbun Sidek sebaik sahaja menamatkan perlawanan akhir perseorangan lelaki Super Series Terbuka Malaysia 2011 sebentar tadi dan seterusnya dinobatkan sebagai juara kejohanan itu buat kali ke tujuh.


BAM perlu mengambil tindakan drastik....untuk mengekal Misbun Sebagai Jurulatih Lee Chong Wei.Untuk Kepentingan Negara.