Teknik Bermain Badminton Kali ini ingin berkongsi Teknik Keseimbangan Cas Dalam Badan Manusia.
Hebatnya Islam dengan Kita mengamalkan dan mengerjakan Solat berjemaah Allah memberikan kita keseimbangan Cas Dalam Badan,,,,
Ikuti perkongsian ini...
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.”
(Hadis Riwayat Al Bukhari)
Seorang
professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang
kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh
badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas
negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran
tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas
dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan
aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk
mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah,
timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan
solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam
mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati
bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan
cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh
meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai
berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang
berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di
kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan
oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif
atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke
dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas
dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali
kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah
berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif
dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan
sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat
dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita
bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat
kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan
lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam
berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu,
solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada
proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di
sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.
Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan
memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan
pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang
banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu
lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah
lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu
sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran
professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya,
pada waktumalam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu
tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian
lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4
rakaat dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam amat
digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di
sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun
malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini
mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan
istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah
ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan
betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya,
dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Sumber Asal: Berita Harian
No comments:
Post a Comment